Our Blog
keutamaan wanita /fadhilah wanita
Fadhilah Wanita
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul
‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab,
dan lain-lain, Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya :
Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih
penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki
soleh.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar
ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyenangkan anak
perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama
aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga
sembahyang dan puasanya)
‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
(10,000 tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam
hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka
Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang
lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama
seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan
pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, lalu ia
bersihkan mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada suaminya
dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya,
memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari keridhaan
Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang
wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai
ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang
siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala
12 tahun solat.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas
dua kakinya membakar roti untuk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel
yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu
malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu
pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar
mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu
menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu
sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah
di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan
ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan
didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” ,
Allah akan berkahkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang,
Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan
benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka
dan memandikan anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya.”
Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah
akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-
taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat. ‘
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya
perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat
iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad
untuk lelaki. Jika seorang wanita
melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu
perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya
suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali
isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3
x khatam Al Qur’an.
Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami
beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan
masakannya menjadi do’a yang diijabah.
isteri yang membangunkan suami untuk shalat atau menyuruh
shalat berjamaah di masjid pahalanya 27+1
Isteri yang kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu
sama dengan pahala 70 x haji mabrur
Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 200 8
shalat khusu wal khudu dan doanya di ijabah’ (fadilah wanita)
burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan
ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami”,
“bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri
menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,
“bila seorang wanita hamil shalatnya dua rekaat adalah lebih
baik dari 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil”,
“bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun
shalat nafil dan 70 tahun puasa”
“wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan
mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu
yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat
derajatnya 1000 tingkat”.
“Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu
tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka
malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA WAJIB BAgINYA”.
Apabila sorang wanita kdatangan haid maka haidnya akan
menghapus dosa2nya
apabila ia membaca pd hr pertama “Alhamdulilahi ala kullu
halin wa astagfirullaha min kulli zambi” mk ALLAH akn membebaskannya dr
jahanam, shirat & adzab.
Setiap hr haidnya ALLAH tinggikan dia dng phla 40 org mati
syahid apabila ia berdzikir.
Para salafus sholeh mendidik anak-anak mereka semenjak dari
kandungan dengan cara mengajak istri-istrinya diwaktu hamil untuk selalu
melakukan amalan-amalan baik seperti membaca alquran hingga khatam
berkali-kali,bersholawat,dzikir dan selalu mendoakan anak yang dikandung dgn harapan
supaya menjadi anak yang sholeh,qurratul ain rasulullah saw,berbakti kepada
orang tuanya,mengikuti jejak para salafusholeh,menjadi orang yang bermanfaat
dalam agama untuk dirinya dan umat islam dll.adapun doa buat wanita hamil
banyak dan diantarannya:
Doa untuk wanita hamil
(dari habib abdulqadir bin ahmad
assegaf)
Dibaca setiap habis sholat lima waktu
بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد، اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَامَ فِيْ بَطْنِي
وَاشْفِهِ مَعَ أُمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيِّكَ
وَ رَسُوْلِكَ، أَنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاءُكَ شِفَاءً عَاجِلاً لاَيُغَادِرُ
سَقَمًا،اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً،وَثَبِّتْ قَلْبَهُ
إِيْمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ،اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ
سَهْلاً وَسَلِيْمًا فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَتَقَبَّلْ دُعَاءَنَا كَمَا تَقَبَّلْتَ
دُعَاءَ نَبِيِّكَ وَ رَسُوْلِكَ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
وَسَلَّمَ،اللَّهُمَّ احْفَظِ اْلوَلَدَ الَّذِيْ أَخْرَجَكَ مِنْ عَالَمِ الظَّلاَمِ
إِلَى عَالَمِ النُّوْرِ وَ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً عَاقِلاً لَطِيْفَا،اللَّهُمَّ
اجْعَلْهُ شَهِيْدًا وَ مُبَارَكًا وَعَالِمًا وَ حَافِظًا مِنْ كَلاَمِكَ اْلمَكْنُوْنِ
وَكِتَابِكَ الْمَحْفُوْظِ،اللّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَ صَحِّحْ جَسَدَهُ وَأَفْصِحْهُ
لِقِرَاءَةِ اْلقُرْآنِ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَبْرًا مِنَ اْلمَرَضِ وَ اْلأَسْقَامِ
وَالْعَطَشِ بِبَرْكَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلهِ وَ سَلَّمَ
وَ جَمِيْعِ اْلأَنْبِيَاءِ وَ اْلمُرْسَلِيْنَ وَ اْلمَلاَئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ،
إِنَّ اللهَ وَ اْلمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيْ يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ
آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمَا،وَآخِرُ دَعْوَانَا أَنِ اْلحَمْدُ
لِلّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.آمين
Doa dari alhabib ahmad bin hasan
alathos didalam kitab tadzkirun nas agar tidak keguguran insyaallah,maka
dianjurkan bagi wanita hamil untuk
meletakkan tanganya diatas perutnya sambil membaca ya khasiib 7kali disetiap
habis sholat 5 waktu:
يَا حَسِيْب x7 (بعد كل الفرض)
Dan adapun doa untuk memudahkan proses melahir kan sebagaimana yang
disebutkan dalam kitab al-adzkar dari hadis rasulullah saw dan diamalkankan
salafusholeh,yaitu terlebih dahulu membaca ayat kursi:
اللهُ لآَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَنَوْمُُ لَّهُ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي
اْلأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَابَيْنَ
أَيْدِيهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا
شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
الْعَلِيُّ الْعَظِيم
Lalu bacalah ayat dibawah ini 3kali:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ اْلأَرْضَ فِيْ سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى اْلعَرْشِ.يُغْشِيْ
اْللََّيْلَ وَالنَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيْثًا وَّالشَّمْسَ وَ اْلقَمَرَ وَ النُّجُوْمَ
مُسَخَّرَاتِ بِأَمْرِهِ.أَلاَ لَهُ اْلخَلْقُ وَاْلأَمْرُ.تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ اْلعَالَمِيْنَ.x3
Kemudian membaca surah al ikhlas dan
mu’awidzatain dan alfatekhah:
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ.
لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ
شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ
فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ
النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ
الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
Kemudian perbanyaklah doa alkarb:
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ العَظِيْمُ اْلحَلِيْمُ،لاَاِلَهَ
اِلاَّ اللهُ رَبُّ اْْلعَرْشِ اْلعَظَيمِْ،لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ
السَّبْعِ وَ الأَرَضِيْنَ السَّبْعِ وَ رَبُّ اْلعَرْشِ اْلكَرِيْمِ.
Kemudian bagi suami dianjurkan untuk
memperbanyak bacaan doa dibawah ini ketika istrinya sudah ada tanda-tanda melahirkan:
حَنَّا وَلَدَتْ مَرْيَم، مَرْيَم وَلَدَتْ
عِيْسَى أُخْرُجْ أَيُّهَا اْلمَوْلُوْدُ بِإِذْنِ اْلمَلِكِ اْلمَعْبُوْدِ
.Apabila bayi lahir maka lakukanlah
sebagiamana yang dilakukan oleh rasulullah saw. Yaitu adzan ditelinga kanan:
الله اكبر الله اكبر x٢
اشهد ان لااله الا الله x٢
اشهد ان محمدارسول الله x٢
حي علي الصلاة x٢
حي علي الفلاح x٢
الله اكبر الله اكبر x١
لا اله الا الله x١
dan iqomat ditelinga kiri kemudian
membaca surah alikhlas:
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُل ْهُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ.
لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ.
Dan diantara amalan salafuna sholeh
membacakan dan tangan diatas kepala anak kecil atau masih bayi surah ALQODAR
3X:
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ﴿١
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
﴿٢
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ
شَهْرٍ﴿٣
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا
بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ﴿٤
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ﴿٥
KEMUDIAN MEMBACA SURAH ALAM NASYRAH
DAN TANGAN DIDADA BAYI ATAU ANAK KECIL
بسم الله الرحمن الرحيم
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا﴿٥
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ﴿٧
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب ﴿٨
Didalam kitab ALFAWAIDUL MUKHTAR OLEH
HABIB ZEN BIN SUMAITH dinukil dari amalan salaf,dianjurkan agar(orang
tua)memegang kepala anaknya sambil membaca doa:
الشَّهِيْد الشَّهِيْد x7 البَارُ البَارُ x7
dan disebutkan didalam nasehat
alhabib ali bin Muhammad alhabsyi tentang amalan diatas insya allah kelak
ketika dewasa menjdi anak yang sholeh sesusai apa yang diharapkan orang tuanya
ada sebagian amalan ketika bayi baru
lahir yaitu dengan menulis dikening dihari kelahiran bayi kalimat basmalah بسم الله الرحمن الرحيم kemudian hari berikutnya
ditulis huruf-huruf hijaiyah begitu seterusnya ditiap harinya sampai selesai
dari huruf-huruf tersebut,setelah itu tulislah asma’ul khusna ditiap harinya
dari kalimat allah sampai asshobuur.
Jika perilaku dan sikap anak-anak
anda tidak sesuai dengan tabiat anda yaitu tidak berbudi baik,maka doakanlah
mereka:
اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي أَوْلاَدِيْ،وَ
احْفَظْهُمْ وَ لاَ تَضُرَّهُمْ،وَ ارْزُقْنَا بِرَّهُمْ.
Disamping meraka para salafus sholeh
menekankan pendidikan agama dan keteladanan akhlak yang terpuji untuk
anak-anaknya dan keluarga dirumah mereka, Dahulu kaum salafus sholeh mendidik
anak-anak mereka agar percaya penuh kepada allah dan mengagungkan
perintah-perintahnya sejak mereka masih kecil.orang magrabi menyuruh kaum ibu
yang sedang menyusui anak-anaknya untuk berdzikir kepada allah sembari
memberikan air susu kepada anaknya (sebagaimana disebutkan oleh (ALHABIB ALI
BIN MUHAMMAD ALHABSYI).
Disebutkan dalm kitam uqud
al-lijain(imam nawawi albanteni):
وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: أَمَا تَرْضَى إِحْدَاكُنَّ أَيَّتُهَا النِّسَاءُ) أي نساء هذه الأمة
(إنَّهَا إِذَا كَانَتْ حَامِلاً مِنْ زَوْجِهَا وَهُوَ عَنْهَا رَاضٍ) بأن تكون مطيعة
له فيما يحل، ومثلها الأَمة المؤمنة الحاملة من سيدها (أَنَّ لَهَا) أي بأن لها مدة
حملها (مِثْلَ أَجْرِ الصَائِمِ القَائِمِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ) أي في الجهاد
Tersebut dalam riwayat bahwa NAbi
Muhammad S.A.W bersabda : ”Apakah salah seorang di antara kamu senang,wahai
kaum isteri,kalau kamu sedang mengandung dari hasil hubungan dengan suaminya,
sementara suaminya merasa senang. Sesungguhnya perempuaan yang sedang hamil
memperoleh
pahala seperti pahalanya orang yang
sedang berpuasa sambil perang di jalan Allah.
(وَإِذَا أَصَابَهَا الطَلْقُ) أي وجَعُ
الولادةِ (لَمْ يَعْلَمْ أَهْلُ السَمَاءِ وَالأَرْضِ) من إنس وجِنّ وملك (مَا أُخْفِىَ)
خبئَ (لَهَا مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ) أي من شيء نفيس تَقرّ به عينُهَا لأجل ما أقلقها
(فَإِذَا وَضَعَتْ لَمْ يَخْرُجْ مِنْ لَبَنِهَا جُرْعَةٌ) بضم وسكون (وَلَمْ يُمَصَّ
مِنْ ثَدْيِهَا مَصَّةٌ إِلاَّ كَانَ لَهَا بِكُلِّ جُرْعَةٍ وَبِكُلِّ
مَصَّةٍ حَسَنَةٌ، فَإِنْ أَسْهَرَهَا لَيْلَةً)
أي واحدة (كَانَ لَهَا مِثْلُ أَجْرِ سَبْعِيْنَ رَقَبَةً تُعْتِقُهُمْ فِيْ سَبِيْلِ
اللهِ) أي في طاعته (بإخْلاَصٍ) أي من غير رياء. . رواه الحسن بن سفيان والطبراني وابن عساكر عن سلامةَ
Apabila mencapai puncak sakit
mendekati melahirkan semua penduduk langit tidak ada yang tahu perkara apa yang
disamarkan baginya, berupa ketenangan bathinnya. Apabila telah melahirkan, maka
tidak ada tetesan air susu yang keluar dari susu ibunya dan tidaklah si bayi
menghisap air susu ibunya kecuali pada setiap tetesan dan isappan di catat
sebagai satu kebaikkan. Jika di waktu malamnya ia terjaga maka ia memperoleh
pahala,bagaikan pahala memerdekakan tujuh puluh budak yag di merdekakan dijalan
Allah secara ikhlas, (di riwayatkan Hasa bin sufyan dan Tabrani, ibnu Asakir
dari salamah)
Semoga Bermanfa'at buat Kita semua Amiin ya Rabbal Alamiin
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Follow us on facebook
Popular Posts
-
KEPUTUSAN BAHTSUL MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JAWA TIMUR DI PP AN-NUR TEGAL REJO PRAMBON NGANJUK TGL 26-27 SYAWAL 1401 H/ 26-27 AGUS...
-
KEPUTUSAN BAHTSUL MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JAWA TIMUR DI PP ZAINUL HASAN GENGGONG KRAKSAN TGL 22-23 NOPEMBER 1981 Mas’alah: ...
-
KEPUTUSAN BAHTSU AL-MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JAWA TIMUR DI PP NURUL JADID PAITON PROBOLINGGO TGL 15-16 DZULHIJJAH 1399 H / 5-6 ...
-
KEPUTUSAN BAHTSU AL-MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JAWA TIMUR DI PP. SALAFIYAH SUKOREJO ASEMBAGUS TGL 16-17 JUMADIL ULA 1400 H/ 2-3 A...
-
KEPUTUSAN BAHTSU AL-MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JAWA TIMUR DI PP QOMARUDDIN BUNGAH GRESIK Mas’alah : Kebanyakan buruh tani...
-
ASMA’UL KHUSNA DAN MANFA’ATNYA "ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH...
-
Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan,sebagai ruang di antara dua keadaan.Ia adalah di antara roh yang ber...
-
Fadhilah Wanita Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahish...
-
Peringatan tentang sahwat Dari ibnu Abu Dzerr ra,dia berkata Rasulullah muhammad saw,bersabda : -sedikitkanlah sahwat,agar kemis...
-
ASMA’UL KHUSNA DAN MANFA’ATNYA "ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.),...
Formulir Kontak
Follow us on Facebook
About Me
Blog Archive
-
▼
2016
(12)
-
▼
Mei
(12)
- fadilah asmaul khusna
- keputusan bahtsul masail syuriysh NU jawa timur\
- keputusan bahsul masail NU jawa timur (4)
- KEPUTUSAN BAHTSU AL-MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JA...
- KEPUTUSAN BAHTSU AL-MASAIL SYURIYAH NU WILAYAH JA...
- keputusan bahsul masail suriyah Nu jawa timur (1)
- Proses kejadian manusia ,malaikat dan jin
- ilmu pengetahuan dan kebatinan
- Peringatan tentang sahwat
- keutamaan wanita /fadhilah wanita
- ASMA’UL KHUSNA DAN MANFA’ATNYA
- Pengantar
-
▼
Mei
(12)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar